Monday, 24 November 2014

Ailurophobia , Si Penakut Kucing by Masni Aida

assalamualaikum 

semenjak akhir-akhir ni aku selalu usha-usha cerita pasal penyakit Ailurophobia ni. apa tu Ailurophobia? Ailurophobia ni sejenis fobia yang dihidapi oleh sesetengah orang dimana mereka ini TAKUT OR FOBIA TERHADAP KUCING.

kelakar? 
please jangan gelak. sebab? sebab aku salah seorang penghidap fobia ni. hahaha, yess ! aku seorang yang takutkan kucing. haaa~ selalunya blogger-blogger yang post pasal phobia ni kesemuanya pencinta kucing. but hari ni aku sendiri yang akan cerita apa yang aku rasa sebagai seorang yang phobia terhadap kucing. 


*situasi penghidap Ailurophobia di kedai makan* haha

okey guys, first thing first, setelah aku baca beberapa pendapat, pemerhatian sesetengah orang, aku rasa tak semua betul pasal penghidap phobia ni. memang ada orang yang takutkan kucing ni ada pengalaman hitam dia dengan makhluk comel ni. tapi guys, tak semua orang ada pengalaman hitam dengan kucing macam kena cakar or sewaktu dengannya.

sebab, aku tak pernah kena cakar or kucing buat jahat dengan aku. cumanya, aku memang dah dilahirkan dengan sifat takut akan kucing. masa kecil-kecil dulu, aku still ada keberanian nak sentuh kucing walaupun perasaan takut tu ada. pegang and usap.

aku tak geli dengan kucing, aku tak rasa kucing tu kotor, aku tak ada alahan dengan bulu kucing. aku suka dekat kucing sebab dia comel sangat-sangat. nak pegang !!! tapi tak berani. entahlah guys, aku pun tak tahu kenapa aku takut sangat dengan makhluk comel ni.

comel gilaaaaa weyhh (>_<)


LUBUK REZEKI KUCING..
tempat yang paling aku takut sangat nak pergi adalah kedai makan. lubuk rezeki kucing. hahahaha! gitu pulak. dah jadi kewajipan aku akan bersila kat atas kerusi. pergi lantak orang nak cakap apa kan. yang penting aku tak menjerit macam orang gila kat situ. hahaha. 

pernah satu hari tu, ada seekor kucing ni. kucing gila kot aku rasa, dia suka lari-lari macam kena kejar anjing kat kedai makan tu. and i was like "YA ALLAHHH !!!!! , MAK ABAH !!!!" sampai nangis beb. sumpah aku malu. 

banyak cara dah orang suruh aku buat, buat don't know bila nampak kucing. ewah-ewah, korang tak takut boleh lah buat dont know. yang aku ni ?? emmmmmm. macam-macam cara dah aku buat nak hilangkan phobia ni. sentuh? dah pun. tapi sentuh pakai satu jari jelahh. hahahaha. itupun menjerit macam kena rasuk kat depan library uitm tu. hehe

so, nak tahu aku buat apa sekarang? bila nampak kucing aku lari or cuba elakkan diri dari terserempak dengan kucing. hehe. for me, jarak paling selamat dengan kucing is 6 metre. TOLONG JANGAN GELAK ! -_- memang dah tak boleh nak buat apa dah. 

and insyaallah satu masa nanti aku akan kuatkan hati untuk menghadap binatang kesukaan Nabi Muhammad ni. cuma perlukan masa je. hehehe. 

tapi kan guys, orang yang phobia dengan kucing ni tak adalah penakut dengan semua benda. contoh eh aku bagi contoh. penghidap Ailurophobia ni kebanyakannya tak takut dengan serangga, katak, cicak, lipas and seorang yg berjiwa kental. berani duduk sorang-sorang and tak takut hantu? haha. senang cerita hati kental gitulah. kan kan kan kan. betul tak wahai manusia-manusia yang takut kat kucing tu. hehehe.

the fear inside .....

setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Allah tu Maha Adil, walaupun aku takut kucing mungin ada hikmah kenapa perasaan takut ni ada. hehe. 

assalamualaikum ..... :)


No comments:

Post a Comment