Monday, 24 November 2014

Ailurophobia , Si Penakut Kucing by Masni Aida

assalamualaikum 

semenjak akhir-akhir ni aku selalu usha-usha cerita pasal penyakit Ailurophobia ni. apa tu Ailurophobia? Ailurophobia ni sejenis fobia yang dihidapi oleh sesetengah orang dimana mereka ini TAKUT OR FOBIA TERHADAP KUCING.

kelakar? 
please jangan gelak. sebab? sebab aku salah seorang penghidap fobia ni. hahaha, yess ! aku seorang yang takutkan kucing. haaa~ selalunya blogger-blogger yang post pasal phobia ni kesemuanya pencinta kucing. but hari ni aku sendiri yang akan cerita apa yang aku rasa sebagai seorang yang phobia terhadap kucing. 


*situasi penghidap Ailurophobia di kedai makan* haha

okey guys, first thing first, setelah aku baca beberapa pendapat, pemerhatian sesetengah orang, aku rasa tak semua betul pasal penghidap phobia ni. memang ada orang yang takutkan kucing ni ada pengalaman hitam dia dengan makhluk comel ni. tapi guys, tak semua orang ada pengalaman hitam dengan kucing macam kena cakar or sewaktu dengannya.

sebab, aku tak pernah kena cakar or kucing buat jahat dengan aku. cumanya, aku memang dah dilahirkan dengan sifat takut akan kucing. masa kecil-kecil dulu, aku still ada keberanian nak sentuh kucing walaupun perasaan takut tu ada. pegang and usap.

aku tak geli dengan kucing, aku tak rasa kucing tu kotor, aku tak ada alahan dengan bulu kucing. aku suka dekat kucing sebab dia comel sangat-sangat. nak pegang !!! tapi tak berani. entahlah guys, aku pun tak tahu kenapa aku takut sangat dengan makhluk comel ni.

comel gilaaaaa weyhh (>_<)


LUBUK REZEKI KUCING..
tempat yang paling aku takut sangat nak pergi adalah kedai makan. lubuk rezeki kucing. hahahaha! gitu pulak. dah jadi kewajipan aku akan bersila kat atas kerusi. pergi lantak orang nak cakap apa kan. yang penting aku tak menjerit macam orang gila kat situ. hahaha. 

pernah satu hari tu, ada seekor kucing ni. kucing gila kot aku rasa, dia suka lari-lari macam kena kejar anjing kat kedai makan tu. and i was like "YA ALLAHHH !!!!! , MAK ABAH !!!!" sampai nangis beb. sumpah aku malu. 

banyak cara dah orang suruh aku buat, buat don't know bila nampak kucing. ewah-ewah, korang tak takut boleh lah buat dont know. yang aku ni ?? emmmmmm. macam-macam cara dah aku buat nak hilangkan phobia ni. sentuh? dah pun. tapi sentuh pakai satu jari jelahh. hahahaha. itupun menjerit macam kena rasuk kat depan library uitm tu. hehe

so, nak tahu aku buat apa sekarang? bila nampak kucing aku lari or cuba elakkan diri dari terserempak dengan kucing. hehe. for me, jarak paling selamat dengan kucing is 6 metre. TOLONG JANGAN GELAK ! -_- memang dah tak boleh nak buat apa dah. 

and insyaallah satu masa nanti aku akan kuatkan hati untuk menghadap binatang kesukaan Nabi Muhammad ni. cuma perlukan masa je. hehehe. 

tapi kan guys, orang yang phobia dengan kucing ni tak adalah penakut dengan semua benda. contoh eh aku bagi contoh. penghidap Ailurophobia ni kebanyakannya tak takut dengan serangga, katak, cicak, lipas and seorang yg berjiwa kental. berani duduk sorang-sorang and tak takut hantu? haha. senang cerita hati kental gitulah. kan kan kan kan. betul tak wahai manusia-manusia yang takut kat kucing tu. hehehe.

the fear inside .....

setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Allah tu Maha Adil, walaupun aku takut kucing mungin ada hikmah kenapa perasaan takut ni ada. hehe. 

assalamualaikum ..... :)


Wednesday, 19 November 2014

DUNIA BARU , POST BENDA BARU by MASNI

Assalamualaikum w.b.t
selamat malam wahai reader-reader sekalian. sihat ? ehehehe, rasa rindu je nak menaip lama-lama ni kan. rasa macam dah lama je tak buka blog ni kan. rasa jari ni macam dah menggeletis nak taip kan. berapa banyak aku punya "rasa" and "kan" pun tak tahu lahh. hehehe

entry kali ni tak de benda pun share dengan u alls cuma nak bagitau yang aku dah delete post-post zaman budak-budak aku. hahaha. post yang macam takde faedah untuk korang baca. well, aku dah berumur 18 tahun beb. pemikiran pun dah lain gila-gila. tadi buka balik post yang lama rasa mcam nak gelak tertonggeng-tonggeng. apa punya post pun aku tak tahu. 

almaklumlahhh~ aku start berjnak-jinak dengan blog ni masa form3 lagi. budak umur 15 tahun reti post apa je weyh ? hahaha, sikit-sikit pasal sekolah, exam, family. ceyhhhhh ~ hahahahaha. malu weyh malu . *tutup muka kejap* kehkehkeh.

actually, minggu depan aku dah kena balik semula ke UiTM kampus Machang, Kelantan. dah nak masuk semester dua dah kau ni Masni. good job. *besar dah anak mak ni* hehehe. dah boleh kahwin dah. ada berita sebenarnya nak share ngan korang. teka lah apa yang gembira sangat tu. 

POINTER SEM SATU !!!
Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tak putus-putus aku dapat pointer 3.58. DEAN LIST ! syukur sangat-sangat. permulaan yang baik untuk sem satu kt UiTM ni. cuma sekarang ni hati kena kuat, 4 sem lagi nak kena tempuh. aku nak belajar pandai-pandai. aku tak nak ulang kesilapan masa kat sekolah dulu. pengalaman mematangkan kita bukan ?


ini result nya. saja masukkan nak share kejayaan aku. bahagia gila weyh. tak pernah se'happy' ni . hehe.

cuti sem ni aku banyak duduk rumah je, tak pergi mana. keluar pun pergi jogging petang-petang kat padang pendamaran tu. adalah dalam 3 ke 4 round pusing. stamina dah out sekarang. tak macam dulu. dulu stamina anjing kata kauuu. hahahaha. sekarang ni asyik makan tidur makan tidur mana lah tak pancit. 

untuk pengetahuan korang, sekarang muka aku dah licin. yeayy!!!! alhamdulillah, berkat kesabaran and pengorbanan duit untuk beli produk Tabita skincare tu akhirnya membuahkan hasil. tak sampai sebulan pun pakai, tapi sangat berhasil. tak mahal, trial set baru RM110. kira berbaloi lah kalau nak kulit cantik kan.


ini dia, tabita skincare set trial. comel-comel je pek dia.

then aku pakai serum ANIMATE ni. dia berkesan untuk whitening, kecilkan pori, cerahkan wajah korang and buatkan kulit lembab. seriously aku tak tipu. sangat berkesan. hehehehe.


serum animate ni bukan untuk makannnnn yeee. just untuk sapu kat mana-mana bahagian yang dirasa nak putih or cerah gitulah. benda ni aku tak pakai kat muka. aku sapu kat tangan and kaki. untuk cerahkan. hehehe. 

then aku pakai Transcapes jugak. untuk whitening, pigmentation and parut. confirm putih and parut semua boleh hilang. tak tipu punya. 


this is it. transcaps.

amboi amboi amboi. aku ni nak promote ke benda ni. hehehe. bukan apa guys, benda yang baik kita kena lah share en? benda elok, benda bagus. aku kasi tahu sebab dia berkesan kat aku. hahahaha. pasal duit letak tepi. bila lagi nak jaga, nanti dah tua tak guna dah nak lawa-lawa. dah kedut woi. hehehe. *sorry ye makcik-makcik* . hehehe

ada rezeki hari sabtu and ahad ni shopping lagi barang-barang untuk sem dua. hehehe. phone baru ? insyaallah minggu depan dah pakai. dah orang nak bagi kita hambeeekkk weyh. rugi tak terima. rezeki tu. hadiah katanya. hahaha. haish, masni masni. apa nak jadi pun tak tahu lah. 

okey, untuk penutup kata, aku nak belanja gambar terbaru aku. dah lama tak post muka aku yang latest. tak adalah  latest sangat sebenarnye. cuma gambar-gambar aku kat blog ni semua nya gambar masa zaman budak-budak dulu. tak boleh blah dowhhh. okey?


okey, aku tahu aku dah gemuk. hahahahahahahahahahaha. 

okey bye assalamualaikum. :D