Thursday, 7 August 2014

NEW LIFE : AS STUDENT by Masni

assalammualaikum w.b.t
hello, hello, hello. ~ hye !! wah akhirnya Masni Aida kembali setelah 4 bulan menghilang. hehe. hilang kemana ?? ermmm. tak hilang pun guys, cuma tak ada masa je nak meng"update" blog tercinta ni.

ingat tak last post aku yang lepas aku ada cerita yang aku dapat PLKN dekat Ayer Keroh, Melaka tu. haaaa~ actually aku dua bulan je kat PLKN sebab aku ambil keputusan nak sambung form6 dekat sekolah ACS Klang. sedih sangat bila mohon UiTM tak dapat. 

tapi sambil-sambil uruskan kemasukan ke form6 tu aku buat juga rayuan ke UiTM and alhamdulillah masa 13 JUN 2014 aku ditawarkan ke UiTM Machang, Kelantan. Course Information Management. dalam masa satu hari setengah aku kena uruskan akaun bank lah, sspn lah, ptptn lah. hanya Allah je yang tahu betapa kelam kabut nya masa tu.

bayangkan lah, pendaftaran 15 JUN 2014 (my beday :p) then keputusan tu aku tahu 13 JUN 2014. gila tak ? dahlah Kelantan beb, jauh tuuuu. hehehehe. sekarang alhamdulillah, dah dekat sebulan setengah aku kat sini (UiTM Machang) ambil course IM ni. 

sedih memang sedih kena berpisah jauh dengan family, Emir and segala-galanya. tapi apa kan daya. dunia semakin maju. sampai bila lagi aku nak duduk bawah ketiak mak kan. haha!! 

hah! lupa nak ucapp SELAMAT HARI RAYA!!! (terlambat dah) haha. cerita pasal raya ni rasa macam tak adil je. umur baru 18 tahun tapi duit raya tak macam dulu. it's not fair u know. hehehehehehe.

STUDENT ???
ahah! wahhh!!! tak percaya aku dah bergelar SISWI . dulu-dulu bodoh-bodoh je berangan nak jadi doktor lah itu lah ini lah. biasalah budak hingusan gitu. kihkihkih. sekarang aku dah tak nak fikir benda ngarut-ngarut. my target point is 4.0 , four flat , Dekan . hahaha! benda tak mustahil beb. nak tahu? aku bersyukur sangat dapat course information management ni sebab dia memang lari dari mathematics. anyway, aku memang lemah mathematic. so alhamdulillah sangat~

course ni lebih kepada membaca dan menghafal . and nak tahu ???? aku suka menghafal . memang boleh makan beb (tak baik cakap besar) opsssss :D sory. tapi seriously course ni tak adalah susah sangat bagi orang tak bijak macam aku ni. hihihihihi~ 

dengar cerita kawan-kawan class aku masa form5 dulu majoriti study dekat Matrik. Alhamduillah, rezeki dorang. aku gembira dorang dapat course bagus-bagus pure science. bukan macam aku IM je. ceyhhh, aku gembira bila kawan aku gembira. itu pilihan mereka. rezeki masing-masing bukan. mungkin dah tertulis course ni yang terbaik untuk aku. aku bersyukur.

cumanya kadang-kadang aku rasa mereka (sesetngah) mula membongkak. bangga dapat study course yang bagus-bagus. Allah nak tarik rezeki manusia tu sekelip mata je. kita tak akan sedar. so, selagi kita hidup ni bersyukur lah dengan apa je nikmat yang kita ada. jangan riak, bongkak. :) nasihat pada diri sendiri juga sebenarnya.

hah, boleh jadi ustazah dah aku ni. hehehe. alhamdulillah setakat ni aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. cukuplah tu kot entry hari ni. hehe. sekadar lepas rindu kat blog ni je. hihi. 

genight. assalamualaikum .... :)


No comments:

Post a Comment