Wednesday, 27 November 2013

CUBA JADI CANTIK by MASNI

.....Assalamualaikum....
hello readerss ! akhirnya semuanya sudah settle :D semalam last paper , which is biology paper. not bad ah paper nye. tapi risau juga. harap sangat result aku bagus. well kalau nak cita-cita tercapai result kena bagus. cita-cita aku bukan sebarang cita-cita. ini real punya cita-cita. kalau tak tercapai sampai mati aku akan menyesal sebab belajar main-main..

kenapa tajuk entry kali ni lain dari yang lain je. macam lain je, macam lain je :D virus video kat youtube  merasuki mindaku. puihhh . haha~ okey !

CUBA JADI CANTIK
sebelum aku taip meleret-leret better aku bagi definisi dari perkataan "cantik" ni. cantik, for sure bila kita sebut cantik je mesti ramai yang akan imagine seorang perempuan yang mempunyai paras rupa yang baik, tubuh badan yang awesome.
But, for me cantik tak smestinya mesti dari paras rupa yang perlu dilihat. cantik kita mesti dilihat dari 3 segi.

1) cantik peribadi
cantik peribadi means, kelakuan, sikap, sifat kita yang baik. nowadays, sangat susah, nak jumpa manusia yang betul-betul mempunyai sikap-sikap, kelakuan, budi pekerti yang baik. yes! tak guna juga kalau muka cantik, bentuk badan yang awesome but sikap buruk. sekarang ni bila aku keluar malam pergi kedai je, terlalu ramai anak-anak dara yang berambut perang, berbaju ketat, then naik motor menjerit-jerit -_- aduyaii ~ sedih weyh aku tengok. kenapa mereka-mereka ni jadi macam ni ? ada 3 sebab kenapa diorang jadi camni. satu, sebab mak bapak terlalu sporting. dua, sebab terlampau ikutkan kawan. tiga, kurang didikan agama.
yes, tiga sebab tu je kenapa mereka jadi camtu. cuba, jangan rosakkan diri sendiri dengan sikap yang buruk. cantikkan peribadi. baru diri dihormati. betul tak?

2) cantik mental 
kalau bab mental-mental ni memang favourite aku. sebab aku dikelilingi dengan manusia-manusia yang senget mentalnya. yeke? haha! no komen. cantik mental for me, ermm cara diri kita berfikir. guna kan fikiran and gunakan untuk kebaikan. but, budak-budak sekarang ni teruk ah mental nya. maksud aku kat sini tak kisah la lelaki ke perempuan ke akalnya ke laut masing-masing. berfikiran lucah. berfikiran lucah itu biasa. tapi dengan syarat kena control. kita tak boleh nak halang benda ni. nasihat pada diri sendiri juga sebenarnya. control diri bila berfikir . jangan sampai merosakkan diri sendiri. got it?

3) cantik rupa dan fizikal
cantik yang ketiga ni ramai yang dah tau apa yang aku maksudkan right? cantik fizikal dan rupa. tapi sebenarnya kan. fizikal kita tu tak berapa penting sangat. mungkin kita boleh tekankan pada kekemasan maybe. baru orang lain rasa selesa bila hendak bergaul dengan kita. seriously! kalau kita buruk macam mana pun tapi kita kemas for sure orang lain akan rasa kita ni cantik. ^_^ 

for me, aku sudah mula untuk cuba jadi yang tercantik. well, tahun depan dah melangkah kedunia yang baru. pergaulan and persekitaran juga mesti berbeza. kena berpisah dengan family and kena kenal dengan ramai manusia yang aku tak tahu akal budi diorang. 
so, from today ! i'll try untuk jadi cantik dari semua segi. :') ubah sikap dan segalanya. walaupun ia akan ubah seluruh hidup aku. tapi aku tak kisah kalau itu yang terbaik :)


ahh! pasti aku akan rindu nak pakai baju pengawas sekolah :) 

okey. apa yang perlu dibuat sekarang ? off laptop, banyak benda yang perlu dibuat :D tata~ 
assalamualaikum ^_^

No comments:

Post a Comment